Followers

Hak Keistimewaan Melayu (law)Kontrak Sosial

PENGENALAN
Setiap negara memerlukan perlembagaan bagi menjamin kestabilan
politik serta sistem pemerintahan negara yang cekap dan adil. Keperluan
perlembagaan menjadi lebih ketara dalam sebuah negara yang berbilang etnik
seperti negara Malaysia. Perlembagaan diperlukan untuk mewujudkan suatu
rangka politik, ekonomi dan sosial yang dapat memudahkan perpaduan nasional
dan pembangunan negara serta melindungi kepentingan semua kumpulan etnik.
Perlembagaan Malaysia juga dikenali sebagai perlembagaan persekutuan
yang mengandungi 183 perkara yang merangkumi undang – undang tertinggi di
Malaysia. Ia merupakan satu dokumen undang – undang yang telah dibentuk
berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu dan Perlembagaan Kemerdekaan tahun 1957. Sumber ini dipetik dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia .
Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada
Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian dalam tahun 1956. Maka
Perlembagaan berkenaan telah berkuat kuasa sejurus selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Perlembagaan ini dibahagikan
kepada 15 bahagian, setiap bahagian mengandungi satu atau lebih artikel yang
relevan.
• • Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama dan undang-undang persekutuan
• • Bahagian 2 - Kebebasan asasi
• • Bahagian 3 - Kewarganegaraan
• • Bahagian 4 - Persekutuan
• • Bahagian 5 - Negeri-negeri
• • Bahagian 6 - Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
• • Bahagian 7 - Peruntukan-peruntukan kewangan
• • Bahagian 8 - Pilihanraya
• • Bahagian 9 - Kehakiman
• • Bahagian 10 - Perkhidmatan awam
• • Bahagian 11 - Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
• • Bahagian 12 - Am dan pelbagai
• • Bahagian 13 - Peruntukan sementara
• • Bahagian 14 - Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
• • Bahagian 15 - Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agung dan raja-raja
Menurut Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan Negara ada
menyatakan pada aswasnya, Perlembagaan ditakrifkan sebagai prinsip asas
yang mengasaskan sesebuah negara dan memperkenalkan sistem
pemerintahan seperti yang termaktud sama ada dalam undang – undang atau
adat perundangan. Perlembagaan adalah sejenis undang – undang yang
mengandungi peraturan – peraturan yang boleh dikuatkuasakan.
A.S. Hornby dalam Oxford Advanced Learner’s Dictionary ada menyatakan
”Perlembagaan dimaksudkan sebagai satu sistem berkerajaan di mana
undang – undang dan prinsip – prinsip kerajaan tersebut berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu diperintah”.
Setelah mengetahui serba sedikit tentang perlembagaan di atas maka menurut
http://budaklaw.files.wordpress.com/2008/07/tajuk-6- perlembagaan -
malaysia (Dr. Fisol Mydin) telah mendefinisikan Perlembagaan sebagai satu
set peraturan tentang hak, kuasa dan prosedur serta tanggung jawab pihak yang
mengawal dan memandu hubungan di antara satu autoriti dengan autoriti yang
lain dan juga antara autoriti dengan rakyat awam serta sebagai satu dasar
formula yang menyatakan tugasan kuasa – kuasa awam di dalam sesebuah
negara

Apakah konsep Perlembagaan? Menurut Dr. Pisol Maidin melalui pautan
http://budaklaw.wordpress.com di dalam tajuk Perlembagaan Malaysia dalam
Konteks Hubungan Etnik di Malaysia ada menyatakan Perlembagaan adalah
sumber undang – undang tertinggi sesebuah negara. Ia juga berperanan sebagai
panduan bagi pembentukan undang – undang samada di pihak kerajaan atau
rakyat dan secara umumnya, perlembagaan terbahagi kepada dua iaitu
1. Perlembagaan bertulis – Perlembagaan yang dikumpul dan disusun
dalam satu dokumen.
2. Perlembagaan tidak bertulis – Semua prinsip perlembagaan yang tidak
terkumpul dalam satu dokumen seperti undang – undang yang diluluskan
oleh Parlimen dan keputusan – keputusan mahkamah.
Malaysia mengamalkan Perlembagaan bertulis di mana badan perundangan,
kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada Perlembagaan. Seperti yang
kita ketahui, Perlembagaan Malaysia terdiri daripada :
1. Teks
• 15 Bahagian
• 183 Perkara dan fasal – fasal
2. Jadual – jadual
• 13 jadual
Yang mana ia menyentuh bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman,
kedudukan agama Islam, Kewarganegaraan, Bahasa kebangsaaan, Kedudukan
dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sarawak dan Sabah. Di
Malaysia, tidak ada mana – mana institusi yang boleh mengatasi ketinggian
kuasa Perlembagaan. Malah, ketiga – tiga badan kerajaan iaitu badan
Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif serta Yang di Pertuan Agong juga
tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa – kuasa perundangan dan
kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk kepada sekatan –
sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan.
Ini semua kerana terkandung dengan nyata di dalam Perlembagaan pada
perkara 4(1): Perlembagaan Malaysia adalah undang – undang utama
persekutuan dan apa – apa undang – undang yang diluluskan yang
berlawanan dengan Perlembagaan adalah setakat mana yang berlawanan
itu terbatal.
Unsur – unsur tradisi di dalam Perlembagaan.
Unsur – unsur tradisi adalah antara faktor penting untuk mewujudkan identiti
Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan. Ia juga merupakan
sebuah kontrak sosial yang telah dipersetujui dan disepakati. Unsur – unsur
tradisi yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaysia meliputi
• Bahasa
• Agama
• Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
• serta kedaulatan pemerintahan beraja.
Ketiga- tiga aspek atau tradisi ini amat penting dan termaktub di dalam
Perlembagaan antara tujuan untuk menstabilkan sistem politik di Nagara
Malaysia. Hak bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Agama Islam
sebagai agama rasmi negara serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan
Bumiputera Sabah dan Sarawak serta kuasa raja- raja tidak boleh di sentuh atau
dipertikaikan.
Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah Akta Hasutan¹ atau
lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 ( Internal Security
Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang hasutan
berkaitan dengan un sur – unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula hasutan
boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Maka di sini
unsur – unsur tradisi boleh dianggap sebagai isu yang sensitif serta dilarang
dijadikan isu perbincangan awam.
¹Akta ini bolehlah dinamakan Akta Hasutan 1948.
Tafsiran
Dalam Akta ini—“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia dan Kerajaan manamana Negeri di Malaysia;“menghasut” apabila dipakai bagi atau digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau apa-apa benda lain menjadikan perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain itu sebagai yang mempunyai kecenderungan menghasut; “penerbitan” termasuk semua perkara bertulis atau bercetak dan segala benda sama ada atau tidak serupa jenisnya dengan perkara bertulis atau bercetak yang mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat atau yang mengikut rupanya, bentuknya atau dengan apa-apa cara lain boleh menggambarkan perkataan atau gagasan, dan juga termasuk tiap-tiap naskhah dan keluaran semula atau keluaran semula substansial apa-apa penerbitan; “perkataan” termasuk apa-apa ungkapan, ayat atau bilangan perkataan atau gabungan perkataan yang berturut-turut yang lain,
sama ada secara lisan atau bertulis;

Sekarang cuba kita sama –sama lihat ketiga – tiga unsur tradisi ini secara ringkas.
1. Perkara 152. Bahasa kebangsaan.
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan
(selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apaapa
bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan
Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara
dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum
lain di dalam Persekutuan.

Bahagaian awal petikan yang terdapat pada Perlembagaan pada Perkara 152
telah menerangkan bahawa bahasa rasmi negara Malaysia adalah bahasa
Melayu dan digunakan untuk urusan rasmi. Maka kita sebagai rakyat Malaysia
perlu tahu dan menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa utama dinegara kita.
Namun, remaja kini lebih gemar memartabatkan bahasa asing berbanding
bahasa rasmi negara kita sendiri. Walaupun Bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahaswa rasmi negara namun kerajaan tidak menghalang mana – mana kaum
untuk menggunakan bahasa ibunda mereka namun mereka haruslah menerima
dan menghormati dan tidak mempertikaikan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi negara Malaysia.

2. Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja,
kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan
setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan,
tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh
dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang
berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan,
amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain
hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-
Pertuan Agong mewakilinya.

Membincangkan di sini, Perkara 3 dalam Perlembagaan (1) telah
menyebut bahawa agama rasmi negara Malaysia adalah agama Islam. Kesemua
kaum yang terdapat di negara ini harus menerima pernyataan ini namun, adalah
diberi kebebasan beragama jika diamalkan secara aman dan damai. Malah telah
ditetapkan bahawa Ketua Agama Malaysia adalah Yang di Pertuan Agong. Ketua
Agama bagi negeri yang bersultan adalah diketuai oleh Sultan negeri itu sendiri.
Bagi negeri yang tidak bersultan adalah dibawah Yang diPertuan Agong.
Maka, unsur tradisi ini adalah dipersetujui oleh semua kaum ketika
Perlembagaan digubal dan ianya adalah tidak boleh di pinda atau dipertikaikan
lagi.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit,
dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah
dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan
istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan
Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.
(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada
peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong
hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undangundang
persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri
Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan
anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran
yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam
perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada
biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang
seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh
Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh
undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau
perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara
ini, daripada permit dan lesen itu.

Unsur Tradisi yang ketiga yang terkandung di dalam Perlembagaan ialah
berkaitan dengan kedudukan dak keistimewaan kaum Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak yang menjadi kepentingan untuk dijaga, dilindungi dan tidak
boleh dipertikaikan. Perkara 153 Perlembagaan Malaysia ini juga memberikan
tanggungjawab kepada Yang di Pertuan Agong untuk menjaga hak keistimewaan
berikut termasuk kerajaan dengan mendirikan kuota kemasukan dalam
perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga boleh dianggap
sebagai sebuah Kontrak Sosial yang menjaga dan mempertahankan hak
ketuanan kaum Melayu dan Bumiputera sebagai penduduk asal Malaysia.
Kesimpulannya, unsur – unsur tradisi yang termaktub dan terdapat di
dalam Perlembagaan haruslah dipertahankan dan dijaga. Pengetahuan tentang
perkara ini amat penting untuk semua kaum agar kaum lain mengetahui dan
tidak akan mempertikaikannya. Akta Hasutan yang disediakan adalah semata –
mata untuk menjaga unsur tradisi yang telah dipersetujui ini terjaga.
(BAB 2 )

Sejarah penggubalan Perlembagaan
Menurut Mohamad Salleh Abas (1987) Sejarah Perlembagaan Malaysia,
ada menerangkan bahawa sejarah Perlembagaan Malaysia berasal sejak Tanah
Melayu berlindung di bawah naungan kerjaan Inggeris pada akhir abad ke -19.
Menjelang tahun 1895, kerajaan Inggeris telah berjaya menguasai negeri Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan pahang yang dkenali sebagai Negeri – negeri
Melayu Bersekutu. Pada 10 September 1899, Mesyuarat pertama Majlis Negeri
Perak dirasmikan. Keadaan ini berterusan sehinggalah Jepun berjaya menawan
Tanah Melayu.

Selepas Jepun menyerah kalah dan Inggeris kembali, mereka merancang
untuk memperkenalkan malah meluluskan penubuhan Malayan Union pada 10
Oktober 1945 di mana Sir Harold Mac Micheal dilantik wakil Inggeris untuk
mendapatkan tandatangan raja – raja Melayu. Perkara ini telah mendapat
tentangan hebat dari kaum orang Melayu pada masa itu. Antara sebab – sebab
penubuhan Malayan Union adalah:
1. Untuk menyatukan negeri – negeri dan meningkatkan kecekapan
pengurusan pentadbiran.
2. Pihak British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu
telah bekerjasama dengan Jepun sebelum ini dan bertujuan untuk
melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya kuasa raja-raja.
3. Menjadi asas kepada pihak British untuk masyarakat tempatan
memerintah negara sendiri.
Namun, Malayan Union telah ditentang habis – habisan oleh orang Melayu
kerana perjanjian yang berat sebelah dan melenyapkan kuasa orang Melayu
terutama kuasa raja- raja. Antara sebab – sebab penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union adalah kerana:

1. Kuasa raja-raja Melayu dilenyapkan dalam urusan pentadbiran Negeri
dan hanya berkuasa dalam soal agama Islam, adat istiadat Melayu
dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.
2. Singapura dipisahkan dari Tanah Melayu (Malayan Union) dan ia kekal
sebagai tanah jajahan British.
3. Hak kerakyatan diberikan atas dasar prinsip Jus Soli iaitu penduduk asing yang bermastautin lebih 10 tahun dan lahir selepas Malayan Union secara automatik akan mendapat kerakyatan atau menjadi warganegara. 4. Hak yang sama rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa yang menyebabkan kaum Melayu dan Bumiputera hilang keistimewaan. 5. Cara Sir Harold Mac Micheal mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu dengan cara paksaan malah ugutan telah menimbulkan kemarahan orang Melayu yang mana cukup setia dan menjunjung ke atas rajanya.
Maka, penentangan yang hebat telah berlaku pada masa itu, pada januari 1946, di Alor Star, dianggarkan seramai 50,000orang Melayu telah mengadakan demonstrasi membantah penubuhan tersebut. Pada tanggal 10 Februari 1946, di Johor, dianggar seramai 150,000 orang telah mengadakan demonstrasi. Namun, pada 11 April 1946, British cuba mengisytiharkan Malayan Union dan Sir Edward Gent sebagai Gabenor pertama Malayan Union. Pengisytiharan itu telah dipulaukan oleh orang Melayu dan mahukan Malayan Union digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, Malayan Union akan gagal.
Akhirnya Malayan Union dimansuhkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini telah dipersetujui dan berjalan dengan beberapa pengubahsuaian sehinggalah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan pada tahun 1957. Setelah British melihat kemenangan Parti PERIKATAN pada Pilihanraya umum pada 1955, telah menjadi bukti bahawa orang Melayu dan bukan Melayu boleh bekerjasama di dalam membentuk dan mentadbir sebuah negara. Maka British telah menawarkan kemerdekaan andainya semua rakyat di negara ini bersatu padu dan mampu bekerjasama.
Berikutan tawaran tersebut, pada Januari 1956, rombongan lapan orang wakil Persekutuan Tanah Melayu telah berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rundingan tersebut berlangsung dari 18 Januari sehinggalah 8 Febuari 1956 iaitu telah mengambil masa selama 3 minggu.
Hasilnya pada 8 Febuari 1956, termetrailah perjanjian yang dikenali sebagai
Perjanjian London. Antara kandungan perjanjian tersebut ialah:
• British memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.
• Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan
pemerintahan secara demokrasi.
• British mendapat hak menempatkan askarnya di Tanah Melayu.
• Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal Perlembagaan
Tanah Melayu iaitu Suruhanjaya Reid.
• Jawatan Setiausaha Kewangan dan Pengarah Gerakan akan digantkan
dengan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan dipegang oleh rakyat
tempatan.
Maka, melalui Suruhanjaya Reid, Perlembagaan telah digubal dan antara
mereka yang terlibat di dalam Suruhanjaya Reid ialah :
1. Lord Reid (British)
2. Sir Ivor Jennings (British)
3. Sir Williamn Mckell (Australia)
4. B. Malik (India)
5. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

Menurut pautan http://ms.wikipedia.org/wiki/Suruhanjaya_Reid , Suruhanjaya
Reid merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang berperanan merangka
Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu
memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Suruhanjaya ini
telah dinamakan sempena nama pengerusinya iaitu seorang hakim Mahkamah
Rayuan England, Lord William Reid. Pertemuan sebanyak 118 kali telah
diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti
Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131
memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat
memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan
terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.
Suruhanjaya tersebut telah menyerahkan draf kerja atau laporan pada Februari
1957 yang telah diperhalusi oleh Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Kerja
diwakili oleh empat orang pemerintah Melayu, empat orang lagi daripada parti
yang memenangi pilihanraya pertama iaitu Parti Perikatan, Suruhanjaya Tinggi
British, Setiausaha Agung, dan Peguam Negara. Perbincangan mengenai
laporan yang dikeluarkan mengambil masa dua bulan dan apabila pindaan telah
diterima, rang perlembagaan itu dirujuk kepada Majlis Raja-raja untuk disahkan.
Kemudian rang perlembagaan itu dibincangkan semula dengan kerajaan British.
Rang Perlembagaan itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-raja pada bulan
Jun 1957 dan Majlis Undangan Persekutuan telah menerima dan meluluskannya
pada 15 Ogos 1957 dan Perlembagaan tersebut berkuatkuasa pada 27 Ogos.
(Walau bagaimanapun, secara rasminya pada 31 Ogos iaitu selepas
kemerdekaan.) Perlembagaan tersebut kemudiannya telah dipinda dengan
beberapa perubahan kecil bagi menyesuaikannya menjadi Perlembagaan
Malaysia apabila Tanah Melayu bergabung dengan Singapura, Sabah dan
Sarawak lalu membentuk Malaysia
Kesimpulannya disini, proses penggubalan telah mengambil kira masa dan
pengorbanan yang telah dicurahkan terutama oleh kaum Melayu. Sepanjang
tempoh era penjajahan, orang Melayu sentiasa bangkit menentang. Sifat
keterbukaan orang Melayu pada masa itu menerima kaum lain di dalam Parti
Parikatan untuk menubuhkan kerajaan sendiri biarpun tanpa memerlukan jumlah
kerusi dari MCA dan MIC pada masa itu.

Kepentingan Perlembagaan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang
bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri
budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini
bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana
anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku
yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan
ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan,
Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya
bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul
dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan ganjil,
malah berada ditahap rendah atau tidak bermoral. (Dr. Pisol Maidin,
http://budaklaw.wordpress.com/2008/07/15/nota-hubungan-etnik/ )
Menurut Kamus Dewan, etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga
tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur
sesuatu kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermula daripada satu konsep
keterunan, iaitu sesuatu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek
moyang yang sama, dan turun-temurun daripada nenek moyang itu. Etnik dapat
dikelaskan melalui perbezaan budaya. Selain itu, etnik juga dapat dikelaskan
mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri.
Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada
kedudukan geografi yang berbeza.
(BAB 3 )
Pertama merujuk kepada Perkara 3 (1), Islam ialah agama bagi
Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Perkara ini menunjukkan bahawa setiap etnik di Malaysia harus mengetahui
bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara dan tidak boleh dipertikaian
amalan dan hukum – hukum agama tersebut haruslah dipatuhi. Kelonggaran
telah diberikan kepada etnik lain untuk menganut agama pilihan mereka namun
Perlembagaan tetap tertulis bahawa Agama Islam adalah yang utama.

Kontrak Sosial dalam konteks hubungan etnik di Malaysia
Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa
kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian berimemberi
atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan
pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan
Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada
kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada
bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang
mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular. (Sumber yang
dipetik daripada http://mymassa.com Artikel 153 Perlembagaan Malaysia,
Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial )
Seterusnya, merujuk kepada Perkara 8: Kesamarataan. Ia merujuk
kepada semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang. Maka,
setiap etnik di Malaysia tertakluk di bawah Perlembagaan ini dan tidak terkecuali
di dalam menerima undang – undang yang dikeluarkan oleh negara ini. Namun
terdapat pengecualian peruntukan di dalam soal agama, kedudukan
keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pentingnya
dimaktubkan di dalam Perlembagaan agar, etnik lain tahu kedudukan mereka
dan sama – sama bernaung di bawah hak kesamarataan.
Antara perkara lain di dalam Perlembagaan yang menyentuh hubungan
etnik ialah pada Perkara 10(4) : Pada mengenakan sekatan-sekatan demi
kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau
ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan
undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf,
kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau
dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181
melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang
dinyatakan dalam undang-undang itu.

Perkara ini merujuk kepada batasan hak kebebasan bersuara daripada
menyentuh kedudukan Raja – Raja, agama Islam, Keistimewaan hak orang
Melayu dan Bumiputera dan kewarganegaraan. Ini menunjukkan bahawa ia
adalah isu sensitif yang perlu dielakkan dijadikan isu perbincangan awam.
Antara Perkara lain yang terapat di dalam Perlembagaan yang menyentuh
konteks hubungan etnik ialah

• Perkara 38: Memberi kuasa kepada Majlis Raja – Raja untukmenghalang
Parlimen membuat undang – undang yang menyentuh kedudukan Raja – raja Melayu,
Keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, Agama Rasmi dan Bahasa Kebangsaan.

• Perkara 1510(6) : Menyentuh kedudukan agama Islam, adat istiadat orang
Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan
kewarganegaraan untuk dipertikaikan walaupun keadaan darurat.

• Perkara 152: kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
tanpa menafikan hak – hak bangsa lain untuk menggunakan bahasa
mereka.

• Perkara 153: Kedudukan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera
Sabah dan Sarawak tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum lain.

Perkara 153 amat penting sekali terutama di dalam konteks hubungan etnik di
Malaysia. Pemahaman yang tinggi perlu diterapkan kepada etnik lain untuk
memahami perjanjian atau Perlebagaan ini yang telah dipersetujui dahulu dan
diambil kira hingga masa kini atau masa akan datang.
Dapat disimpulkan di sini bahawa di dalam Perlembagaan telah termaktub
menyenaraikan undang – undang dan peraturan yang perlu dipegang teguh oleh
setiap etnik di Malaysia bagi menjaga kestabilan politik, keamanan dan
kesejahteraan setiap rakyat di negara ini. Kecuaian kefahaman tentang perkara
ini seringkali menimbulkan suasana yang tidak selesa di Malaysia. Malah
sepatutnya setiap individu warganegara ini perlu memahami dan menjunjung
Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh datuk nenek kita terdahulu.

No comments: