Followers

Sultan

Sultan (Jawi/b. Arab: سلطان sulṭān) ialah gelaran Islam yang mempunyai beberapa maksud sejarah. Pada asalnya, perkataan ini ialah kata nama abstrak bahasa Arab yang bermaksud "kekuatan", "kuasa", atau "kedudukan pemerintah". Kemudian, perkataan ini dipergunakan sebagai pemerintah-pemerintah Islam yang menuntut kedaulatan yang penuh dari segi praktik (iaitu tidak bergantung kepada sebarang pemerintah yang lebih tinggi), tanpa menuntuk jawatan khalifah pada keseluruhannya. Perkataan Sultan kemudian mempunyai beberapa maksud dalam konteks-konteks tertentu. Wangsa dan kawasan-kawasan yang diperintah oleh Sultan dipanggil Kesultanan (bahasa Arab: سلطنة).
Isi kandungan
[sorok]
• 1 Raja Islam yang memerintah di bawah syarat-syarat Syariah
• 2 Gelaran majmuk
• 3 Bekas Sultan dan Kesultanan
o 3.1 Timur Tengah & Asia Tengah
o 3.2 Hami
o 3.3 Afrika Utara
o 3.4 Afrika Barat & Tengah
o 3.5 Afrika Timur
 3.5.1 Gelaran Sultan
 3.5.2 Maliki
 3.5.3 Mfalume
 3.5.4 Sultani
o 3.6 Kesultanan pulau Lautan Hindi
o 3.7 Timur Jauh
o 3.8 Asia Selatan
• 4 Kesultanan kini
• 5 Gelaran putera dan bangsawan
• 6 Pangkat tentera
• 7 Lihat juga
• 8 Sumber dan rujukan
//
[sunting] Raja Islam yang memerintah di bawah syarat-syarat Syariah
Gelaran ini mempunyai kepentingan moral dan kuasa agama disebabkan peranannya ditakrifkan dalam al-Quran. Bagaimanapun, sultan bukannya guru agama pada dirinya. Dalam Empayar Rom Timur dan bidang tradisional dalam agama Kristian Ortodoks Timur, terdapat juga gelaran yang sepadan. Kedudukan yang mana pemerintah merupakan perpaduan antara gereja dengan negara diberikan nama Caesaropapisme. Pemerintah bukan Islam yang terakhir yang mempunyai kuasa yang setanding ialah Nicholas II, Tsar Rusia yang terakhir, walaupun secara rasmi (jika bukan secara praktik), Raja British merupakan penyatuan yang sama antara gereja dengan negara kerana baginda merupakan kedua-kedua ketua negara serta Gabernor Agung Gereja England. Bagaimanapun secara praktik, Ratu Elizabeth II hanya merupakan ketua gereja dan negara pada nama sahaja. Kini, status ini juga dipersoalkan disebabkan Putera Charles telah membayangkan bahawa beliau ingin memerintah sebagai 'pembela untuk semua agama', berbanding 'pembela untuk si agama'.
Pemerintah pertama yang menggunakan gelaran 'Sultan' ialah ketua Turkmen, Mahmud dari Ghazni, yang memerintah antara tahun 998 - 1030. Gelaran 'Sultan' kemudian menjadi gelaran yang biasa untuk pemerintah-pemerintah Turki Seljuk dan Turki Uthmaniyyah serta pemerintah-pemerintah Ayubid dan Mamluk di Mesir. Pada tempoh-tempoh kemudian, gelaran "Sultan" biasanya digunakan untuk isteri-isteri maharaja. Pengesahan rohaniah untuk gelaran ini dapat digambarkan dengan paling baik melalui fakta bahawa Kalifah Bayangan di Cairo menganugerahkan Murad I, pemerintah Empayar Turki Uthmaniyyah yang ketiga, dengan gelaran "Sultan" pada tahun 1383. Pemerintah-pemerintah yang lebih awal digelarkan Bey.
Pada peringkat-peringkat kemudian, pemerintah-pemerintah yang kurang penting menggunakan gelaran "Sultan", serupa dengan perintah-perintah keluarga diraja Maghribi yang lebih awal. Pada hari ini, hanya Sultan Oman, Sultan Brunei, dan sultan-sultan di bekas negeri-negeri Melayu yang kini merupakan sebahagian Malaysia, serta juga di Mindanao dan Jawa, masih menggunakan gelaran ini. Kawasan kekuasaan sultan digelarkan kesultanan. Raja perempuan, tengku ampuan, dan permaisuri Sultan digelarkan Sultanah.
Antara pemerintah-pemerintah keturunan moden yang ingin menekankan kuasa sekular mereka di bawah kedaulatan undang-undang, gelaran 'Raja' semakin digunakan sebagai gantian untuk gelaran 'Sultan'.
[sunting] Gelaran majmuk
Secara amnya, gelaran majmuk merupakan gelaran sekunder yang digunakan dalam puisi atau mempunyai maksud, umpamanya:
• Mani Sultan yang bermaksud 'Mutiara Antara Raja-raja' atau 'Raja Yang Dihormati', merupakan gelaran subsidiari bagi gelaran untuk Maharaja Travancore
• Sultan Antara Sultan-sultan adalah padanan untuk Raja Antara Raja-raja (bahasa Inggeris: King of Kings)
• sesetengah gelaran sekunder mempunyai konotasi Islam, umpamanya Sultan ul-Mujahidin sebagai pejuang jihad bis saif
[sunting] Bekas Sultan dan Kesultanan
[sunting] Timur Tengah & Asia Tengah
• Kesultanan Ghaznavid
• Kesultanan Rum Seljuk
• Sultan-sultan Damascus Ayyubid (di Syria)
• Sultan-sultan Empayar Turki Uthmaniyyah (kemudian menjadi Padishah)
• Sultan-sultan Seljuk Agung
• di Yemen kini, berbagai-bagai kesultanan kecil di bekas Negeri Naungan Aden British dan Arab Selatan:
Kesultanan-kesultanan Audhali, Aulaqi Atas, Aulaqi Bawah, Fadhli, Haushabi, Kathiri, Lahej, Mahra, Qu'aiti, Subeihi, Wahidi, Yafa Atas, Yafa Bawah,
• Arab Saudi kini :
o Sultan-sultan Nejd
o Sultan-sultan Hejaz
[sunting] Hami
"Hami" merupakan gaya tulen (biasa diterjemahkan sebagai "Sultan") untuk raja-raja Islam daripada keluarga pemerintah Oman dalam kedua-dua alamnya:
• Kesultanan Oman, yang terletak di pantai selatan Semenanjung Arab, masih merupakan kesultanan yang bebas sejak tahun 1784, iaitu dua tahun sebelum keimaman hilang kuasa pada tahun 1786 (menggunakan gelaran "Sultan" secara rasmi pada tahun 1861)
• Kesultanan Zanzibar terdiri daripada dua sultan (daripada wangsa Oman) sejak pemisahan de facto daripada Oman pada tahun 1806. Sultan yang kedua ini menggunakan gelaran "Sultan" pada tahun 1861, sewaktu pemisahan rasmi di bawah naungan kerajaan British; sejak tahun 1964, negara ini telah bersatu dengan Tanganyika yang merupakan sebahagian negara Tanzania.
[sunting] Afrika Utara
• Algeria: Kesultanan Tuggurt
• Chad:
o Bagirmi (gelaran asli utama: Mbang)
o Wada'i (gelaran asli utama: Kolak), negara pengganti untuk Birgu
o Dar Sila (sebenarnya, sekumpulan puak kelana)
• Maghribi
• Mesir:
o Sultan-sultan Ayyubid
o Sultan-sultan Mamluk
• Sudan:
o Darfur
o Dar al-Masalit
o Dar Qimr
o Kesultanan Funj Sinnar
o Kordofan
[sunting] Afrika Barat & Tengah
• Cameroon:
o Bamoun (Bamun): diasaskan melalui penyatuan 17 keketuaan pada abad ke-17, menjadi kesultanan pada tahun 1918, dan kemudian dibahagikan semula menjadi 17 keketuaan yang asal pada tahun 1923.
o Bibemi: diasaskan pada tahun 1770, pemerintah-pemerintah mula-mulanya menggunakan gelaran Lamido tetapi bertukar gelaran beberapa kali dan akhirnya, menggunakan gelaran "Sultan"
o Kesultanan Mandar sejak tahun 1715 (menggantikan kemaharajaan Wandala); menjadi sebahagian Cameroon pada tahun 1902
o Kesultanan Rey Bouba yang diasaskan pada tahun 1804
• di Republik Afrika Tengah:
o Bangassou: diaaskan pada kira-kira 1878; menjadi negeri naungan Negara Bebas Congo pada 14 Jun 1890; menjadi negeri naungan Perancis pada tahun 1894; Kesultanan ditumpaskan oleh Perancis pada tahun 1917.
o Dar al-Kuti: negeri naungan Perancis sejak 12 Disember 1897
o Rafai: Kesultanan diasaskan pada kira-kira 1875; menjadi negeri naungan Negara Bebas Congo pada 8 April 1892; menjadi negeri naungan Perancis pada 31 Mac 1909; Kesultanan ditumpaskan pada tahun 1939.
o Zemio: diasaskan pada kira-kira 1872, menjadi negeri naungan Negara Bebas Congo pada 11 Disember 1894; menjadi negeri naungan Perancis pada 12 April 1909; Kesultanan ditumpaskan pada tahun 1923.
• di Niger: gelaran Arab alternatif untuk pemerintah-pemerintah asli yang berikut:
o Amenokal untuk Pergabungan Aïr di Tuareg
o Sarkin sejak pengasasan negara Damagaram (dengan ibu kota kemudian di Zinder) pada tahun 1731.
• di Nigeria: kebanyakan rajanya mempunyai gelaran asli; ketika kebanyakan raja itu memeluk Islam, gelaran-gelaran Islam secara amnya diterimaguna, umpamanya Emir- Sultan.
o Borno (bersama-sama dengan gelaran asli, Mai)
o Sokoto: sejak tahun 1817, Dipertuan (juga digelarkan Amir al-Mu´minin dan Sarkin Musulmi) untuk semua negeri jihad Fulbe dan ketua tradisional Islam yang utama di Sahel (merupakan kalifah pada satu ketika, menurut sesetengah sumber).
[sunting] Afrika Timur
[sunting] Gelaran Sultan
• Kesultanan Comoros
• Kesultanan Somali Utara
• Kesultanan Angoche di pantai Mozambique (termasuk juga banyak negara syeikh berjiran)
• Kesultanan Afar di Awsa, Ethiopia timur laut.
[sunting] Maliki
Maliki ialah gelaran asli alternatif (mungkin berasal daripada Malik, perkataan Arab untuk "Raja") untuk Sultan-sultan Kilwa Kisiwani di Tanganyika (kini sebahagian negara Tanzania)
[sunting] Mfalume
Mfalume ialah gelaran (Ki)Swahili untuk berbagai-bagai pemerintah Islam asli dan secara amnya, diterjemahkan sebagai "Sultan" dalam bahasa Arab serta bahasa-bahasa Barat:
• di Kenya:
o Pulau Pate di Kepulauan Lamu
o Witu yang merupakan negeri naungan Jerman, dan kemudiannya British
• di Tanganyika (kini sebahagian Tanzania): Hadimu di pulau yang mempunyai nama yang sama; juga digelarkan Jembe .
[sunting] Sultani
Sultani ialah gelaran pemerintah asli di negeri Uhehe, Tanzania.
[sunting] Kesultanan pulau Lautan Hindi
Sila lihat Kesultanan Comoros; terdapat banyak gelaran asli yang lain, termasuk Mfalme, Phany, dan Sultani tibe (satu gelaran 'hegemoni').
[sunting] Timur Jauh
Di China, terdapat kesultanan di Dali, provinsi Yunnan, ibu kota untuk Pemberontakan Panthay yang berhayat pendek. Bagaimanapun, kebanyakan sultan adalah daripada negara-negara orang Melayu:
• Brunei: Sultan Brunei
• Malaysia:
o Kesultanan Melaka
o Kesultanan Johor
o Perak
o Terengganu
• Indonesia:
o Kesultanan Aceh, salah satu daripada banyak kesultanan di Sumatera
o Kesultanan Ternate di Maluku Utara
o Kesultanan Tidore di Maluku Utara
o Kesultanan Mataram, Jawa, Indonesia
• Filipina:
o Kesultanan Maguindanao,
o Kesultanan Sulu
[sunting] Asia Selatan
• Kesultanan Bahmani
• Kesultanan Bengal
• Kesultanan Decca: Berar, Bidar, Bijapur, Golconda, Ahmednagar
• Kesultanan Delhii yang terdiri daripada banyak wangsa, dengan Mughal terakhir menjadi Padshah-i Hind
• Kesultanan Gujarat
• Kesultanan Jaunpur
• Kesultanan Kandesh
• Kesultanan Maldives
• Kesultanan Malwa
• Kesultanan Mysore
[sunting] Kesultanan kini
• Brunei
• Indonesia — Sultan Yogyakarta ialah gabernor provinsinya
• Malaysia
o Nota: "Sultan" ialah gelaran raja untuk salah tujuh daripada sembilan buah negeri Melayu, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perak, Selangor and Terengganu. Ketua negara untuk seluruh negara Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong yang dipilih antara raja-raja. Gelaran "Yang di-Pertuan Agong" biasanya digelarkan "Raja" (bahasa Inggeris: King) di negara-negara lain. Bagaimanapun, kuasa politik terletak pada Perdana Menteri. Sila lihat juga: Gelaran Melayu.
• Oman, sebuah negara Arab yang merupakan bekas kesultanan Mascat (dan Oman).
[sunting] Gelaran putera dan bangsawan
Dalam sistem wangsa Turki Uthmaniyyah, keturunan lelaki untuk Padishah (juga dikenali di dunia Barat sebagai Sultan Agung) juga mempunyai gelaran 'Sultan' dan oleh itu, gelaran ini adalah sepadan dengan anak raja di dunia Barat: Daulatlu Najabatlu Shahzada Sultan (nama lahir) Hazretleri Effendi. Bagaimanapun, bagi bakal raja, gelarannya ialah Daulatlu Najabatlu Vali Ahad-i-Sultanat (nama lahir) Effendi Hazlatlari, iaitu Putera Mahkota kesultanan.
Anak-anak lelaki kepada Putera dan Puteri Wangsa Turki Uthmaniyyah yang tidak berlayak untuk pewarisan empayar hanya digelarkan sebagai Sultanzada (nama lahir) Bey-Effendi, yang bermaksud Anak Lelaki Putera/Puteri wangsa.
Di dalam negara-negara Islam yang tertentu, 'Sultan' merupakan gelaran bangsawan yang serupa dengan Kekhanan Astrakhan Tartar.
[sunting] Pangkat tentera
Dalam sesetengah negeri selepas pemerintahan kekalifahan, terdapat sejenis hierarki tentera yang feudal (seringnya dalam empayar-empayar besar) yang menggunakan gelaran-gelaran diraja seperti Khan, Malik, dan Amir sebagai pangkat tentera.
Dalam Empayar Parsi, pangkat 'Sultan' adalah lebih kurang sama dengan Kapten di dunia Barat dan secara sosial, merupakan kelas pangkat ke-5.

No comments: