Followers

AIR TERJUN CHEMERONG


Keindahan ciptaan tuhan tak dapat dinafikan lagi...air terjun chemerong merupakan satu tempat peranginan yang mengusik jiwa...

SAMPAI BILA?????


Adakah ini satu kebetulan atau ia sudah ditetapkan? apabila seseorang lelaki itu berani menyatakan dengan hatinya sendiri untuk menjalinkian satu ikatan murni @ membina sebuah masjid,yakni teruskan niatnya itu kerana sesuatu yang baik adalah datang dari kehendak-Nya...sama-samalah kita renungkan...














JANGAN NAK BERDEGIL....


Kadangkala murid terasa dia dah terlalu pandai, nasihat-nasihat gurunya dianggap menyusahkan dan tidak menyokong tindakannya. Walhal gurunya tidak sedikitpun berniat untuk mengambil untung atau ada kepentingan lain, semua yang dilafazkan adalah untuk diri anak muridnya. Kini hakikat sudah terserlah, murid yang degil dan besar kepala ditimpa musibah. Bukan musibah mencari kita, tetapi kita yang mencampakkan diri ke dalam kebinasaan. Cakap siang pandang-pandang.

Memories of Terengganu@Terenjanu@Terenkanu

Asal nama Terengganu tidak diketahui dengan jelas.Teori yang menyatakan bahawa asal-usul nama Terengganu diambil dari perkataan ‘Taring Anu’ sebagaimana yang telah diberitahu oleh Almarhum Sultan Omar (Marhum Baginda) tidak begitu kuat kerana jarak masa diantara zaman pemerintahan Sultan Omar dengan tarikh Batu Bersurat Terengganu terlalu jauh iaitu sekitar 536 tahun sehingga 573 tahun.Tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah pada 1303 Masehi sementara Sultan Omar pula hanya berkuasa pada tahun 1839-1876 masehi.Teori ini juga ditolak berdasarkan sejarah permulaan kesultanan Terengganu yang hanya bermula pada tahun 1708 Masehi iaitu setelah pertabalan Sultan Zainal Abidin I di Kuala Berang.Sedangkan Batu Bersurat Terengganu ini dipahat pada zaman pemerintahan Telanai Terengganu (Raja Mandalika).
Selain itu, dikatakan ianya berasal dari perkataan ‘Taring Anu’ mengambil sempena dialog sekumpulan rombongan dari Pahang yang datang memburu di sungai Terengganu Mati sedangkan Pahang masih belum ada lagi pada waktu itu.

Batu bersurat yang dijumpai di kampong Buloh, Kuala Berang, kira-kira pada tahun 1887 itu menyatakan tulisan perkataan Terengganu itu ialah"Terenkanu" dan di atas duit timah (pitis) yang bertarikh 1310H(1891M) ejaannya "Terkanu".Manakala pada masa sekarang Terengganu dieja sebagai ‘Terenjanu’.Maka di antara nama-nama itu didapati Terengganu ditulis TERIANGGANO.Semasa pemerintahan Sultan Umar (Marhum Baginda 1839-1876) ada dikatakan Terengganu menggunakan gelaran "Darus-Salam".

Kepentingan Batu Bersurat.

1) Orang Terengganu tidak terlibat dengan kerajaan Langkasuka yang dikatakan dipengaruhi campuran Melayu-Siam atau Mon-Khmer kerana Batu Bersurat Terengganu dipahat dalam bahasa dan tatacara penulisan Melayu Terengganu dan tiada langsung unsur-unsur perkataan Siam di dalamnya.Dengan ini ianya menolak andaian bahawa orang Terengganu berasal dari Langkasuka ataupun Patani.
2) Telah wujud system pemerintahan yang sistematik dengan pemerintahnya mengguna-pakai gelaran Telanai.Sultan Muhammad Syah iaitu sultan Pahang pernah menghantar Seri Akar Raja untuk membunuh Telanai Terengganu setelah baginda mengetahui Telanai telah bertemu dengan Sultan Alauddin Shah,sultan Melaka bagi meminta bantuan daripada baginda.
3) Tidak wujud perkampungan masyarakat Siam di Terengganu kecuali di Besut yang mana mereka ini kebanyakkannya berasal dari pelarian perang di waktu berlakunya peperangan diantara Thai dengan Patani dimana kesudahannya Patani tewas pada tahun 1786 menyebabkan sebahagian penduduk mereka berhijrah ke Terengganu terutamanya di daerah Besut.Pada masa itu Terengganu dibawah pemerintahan Sultan Mansur Syah 1.
4) Mengesahkan bahawa Islam mula-mula bertapak di Terengganu.
5) Orang Terengganu memang bertutur di dalam bahasa melayu dan loghat terengganu adalah antara loghat melayu tertua yang masih ada.Setakat ini,hanya orang terengganu yang bertutur dengan akhiran ‘e’ dan ‘ng’ secara jelas.
6) Bahasa yang digunakan pada Batu Bersurat Terengganu lebih mudah difahami berbanding Batu Bersurat Minya Tujuh Acheh.
7) Tulisan Jawi dipercayai dicipta oleh orang Terengganu kerana setakat ini masih belum dijumpai sebarang artifak yang mengandungi tulisan-tulisan Jawi sepertimana yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu.
8) Membuktikan bahawa sudah ada pemerintah yang telah melaksanakan Undang-Undang Islam di Terengganu.
9) Menunjukkan bahawa orang Terengganu pada waktu itu pandai menulis dan membaca.


Asal keturunan

1) Setakat ini, kebanyakkan orang Terengganu berketurunan Champa sama sepertimana dengan orang Patani.Tetapi lebih dipengaruhi oleh susur galur dari era Dong-Son.
2) Ada juga diantara mereka ini berketurunan Yunnan bergantung kepada waktu kedatangan mereka ke Terengganu.
3) Bukti yang mengaitkan Terengganu dengan Champa ialah penemuan gendang tembaga era Dong-Son di Pantai Batu Burok,Kuala terengganu.Pelabuhan Primula sepertimana yang disebut oleh Ptolemy mungkin merujuk kepada Batu Burok yang ada pada hari ini.Dong-Son adalah suatu tempat yang terletak di dalam sebuah daerah yang bernama Jawana yang sekarang ini terletak di utara Vietnam.Daerah ini telah ditakluk oleh orang Han sekitar kurun ke-2 Masehi.Pada peringkat awal peperangan pada waktu itu hanya melibatkan diantara orang Han dan Viet tetapi kemudiannya berlarutan sehingga menjerumuskan nenek moyang bangsa melayu ke kancah perang tersebut.Loceng tembaga era Dong-Son juga telah dijumpai di Kelang,Selangor.Kelang merupakan tapak awal petempatan manusia di Selangor dan orang asal Kelang ini mungkin berasal dari Terengganu.
4) Orang Terengganu merupakan masyarakat maritim atau dengan kata lainnya terlibat dengan kegiatan perdagangan,perikanan serta pelayaran.Perahu Besar Terengganu adalah antara tinggalan warisan orang Terengganu yang memaparkan ciri-ciri warisan kebudayaan di Tanah Besar China dan ukiran-ukiran naga turut dilakar atau dicat pada kapal-kapal serta perahu-perahu mereka.Fakta lain yang mengukuhkan kenyataan ini ialah kebanyakkan orang Terengganu membina petempatan-petempatan di sepanjang pantai timur semenanjung Tanah Melayu dan tidak terhad didalam negeri Terengganu yang ada sekarang ini tetapi menjangkau ke Pahang,Johor Timur,Riau dan Lingga serta sebahagian daripada Perak.Di Perak,kita boleh menemui sebuah kampung yang bernama Kampung Kuala Terengganu.Hatta, di Bali dan Filipina juga terdapat perkampungan orang Melayu Terengganu.
5) Orang Kuala Berang merupakan orang Terengganu yang membina petempatan paling jauh dari pantai dan sehingga ke hari ini mereka digelar ‘orang hulu’ atau ‘orang darat’.Walau bagaimanapun, kuala Berang adalah pusat pemerintahan terawal bagi orang melayu Terengganu sebelum pusat pemerintahan kesultanan Terengganu dipindahkan ke Kuala Terengganu.
6) Orang Terengganu setakat ini belum pernah mendirikan sebuah empayar yang besar.

Ketenteraan

1) Dianggarkan bahawa setiap ketumbukan angkatan tentera Terengganu berkekuatan sekitar 4000 orang berdasarkan kepada bilangan tentera dibawah pimpinan Panglima Megat Panji Alam dalam kempen menawan Melaka akibat daripada tindakan Laksamana Hang Tuah melarikan Tun Teja ke Melaka.( Teja adalah perkataan yang berasal dari sejenis tumbuh-tumbuhan yang digunakan oleh orang Terengganu untuk dibuat ubat-ubatan)
2) Selain itu, semasa kempen menyerang Besut,sekitar 8000 tentera telah dihantar ke Besut oleh Sultan Omar untuk menghapuskan pemberontakan disana dan ianya mungkin melibatkan 2 ketumbukan tentera yang menyerang dari arah laut.
3) Peperangan dengan Kelantan tidak dapat dipastikan dengan jelas jumlah tentera yang telah digunakan.Begitu juga semasa menghadapi pemberontakan di Kemaman.

Terengganu Sebagai Pusat Perdagangan

Pada abad ke- 18 dan ke- 19, Kuala Terengganu telah menjadi pusat perdagangan antarabangsa. Hal ini dijelaskan beberapa orang Eropah yang pernah melawat Terengganu, antaranya pada tahun 1719, Alexander Hamilton seorang Inggeris telah melaporkan keadaan Kuala Terengganu. Kata beliau penduduk Kuala Terengganu sebahagiannya terdiri dari orang China yang berdagang dengan Wankang atau Jong. Selain daripada itu terdapat kapal dari Siam, Kemboja dan Sambas. Pengeluaran negeri ini ialah lada hitam dan emas yang di ekspot ke China.Medhurst, seorang Mubaligh Kristian melaporkan keadaan negeri Terengganu semasa lawatan beliau pada tahun 1828, menyatakan terdapat banyak perahu-perahu kecil dipunyai orang Melayu, dua buah Jong Siam dan Perahu Besar kepunyaan Terengganu yang sedang bersiap untuk ke Singapura.Earl mengesahkan, menangkap ikan adalah suatu pekerjaan penting di Terengganu. Ikan yang dikeringkan akan ditukar dengan penduduk pendalaman seperti debu-debu emas dan lada hitam. Barang ini menjadi barang pertukaran dengan pedagang asing.Barang yang diperlukan ialah beras, tembakau, kapas dan barangan lain.Hugh Clifford pada tahun 1895 melaporkan kemahiran pengeluaran orang-orang Terengganu. Barang-barang utama pengeluaran Terengganu ialah sutera,kain-kain, alat-alat senjata seperti pisau, badik, pedang, keris, barang-barang logam dan ukiran kayu. Orang-orang Melayu Terengganu adalah pembuat bot yang pakar.Masyarakat Terengganu telah menjalankan perdagangan antarabangsa menggunakan perahu besar membawa barangan seperti barangan tembaga, kain dan rotan dari Terengganu menuju negeri Indo-China dan Indonesia.

Kebenaran FO-LO-AN (Kuala Berang) sebagai sebuah pusat perdagangan di Abad ke 12,berkemungkinan ada kaitannya dengan sebuah kapal yang telah tersadai. Kapal ini telah menjadi batu dan bentuknya dapat dilihat seperti bunyikan, kemudi dan bahagian dalamnya. Kapal tersebut terletak di atas sebuah anak bukit tidak jauh dari sebuah anak sungai di Kampung Gerdong, kira-kira 40 km dari Bandar Kuala Berang

Sejarah muzik rock di Malaysia

Pada tahun 1986, lima pemuzik muda dari Taman Sepakat, Kuantan membuat keputusan untuk menceburi bidang muzik secara serius. Maka tertubuhlah band Scarecrow.Setelah beberapa tahun bertungkus - lumus memperbaiki mutu persembahan mereka,menimba pengalaman, dan mengalami pertukaran ahli band, Scarecrow akhirnya menemuikejayaan di Kuala Lumpur.Namun kejayaan ini datangnya dengan satu syarat. Polisi RTM pada lewat 80an tidak mengalakkan nama band yang kebaratan. Scarecrow terpaksa akur dengan kehendak
RTM, dan menukarkan nama band kepada Masa Scarecrow.Di bawah naungan Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd, Masa Scarecrow menghasilkan tiga album. Ketiga - tiga album tersebut berjaya menambat hati peminat muzik tanahair.Album kedua, Doktrin Metos, memuatkan lagu hit berjudul Patahnya Sayap Malam.Lagu ini telah membawa Masa Scarecrow ke peringkat akhir pertandingan Muzik - Muzik1991 di PWTC Kuala Lumpur.Di puncak populariti mereka, ahli band terdiri dari Zul ( vokal utama ), Mazwan ( gitar ),Lan ( gitar - ahli asal ), Madi ( bass - ahli asal ) dan Shaiful ( drums ).Setelah Perdana Muzikal Industri Sdn Bhd bergulung tikar pada tahun 1993, ahli band mengambil keputusan untuk mengundurkan diri buat seketika dari arena muzik tanahair.
Mereka tidak menolak kemungkinan bergabung semula seandainya terdapat syarikat rakaman yang berminat untuk mengikat kontrak dengan Masa Scarecrow.
Tahun demi tahun berlalu, dan kini hanya Shaiful yang masih aktif di bidang muzik. Beliau bermain drums untuk band RoadBlock ( Kuantan ) dan juga diiktiraf oleh penganjur -penganjur pertunjukan pentas sebagai 'first - call sessionist'.

KESAYANGAN


Fatimah az zahraa adalah puteri yang paling disayangi baginda rasulullah.Ini terbukti apabila setiap kali rasulullah pergi berperang , Fatimahlah orang yang terakhir dia mengucapkan selamat tinggal dan setelah pulang Fatimahlah orang pertama yang baginda jumpa.Puteri rasulullah ini menjadi rebutan Umar dan Abu Bakar.Namun,baginda rasulullah telah memilih Ali sebagai menantunya atas sebab tertentu.Maka,jika sebelum ini Fatimah memakai pakaian yang penuh bertampal pada pakaiannya,rasulullah telah menjahitkan sendiri baju pengantin untuk anak kesayangan baginda.Baginda mahu puterinya kelihatan cantik pada hari pernikahan itu.
Ujian Allah tidak kira masa.Datanglah seorang pengemis ke rumah Fatimah sedang Fatimah bersiap-siap."Wahai Fatimah puteri rasulullah,berikan aku sehelai baju",pengemis itu merayu. Segera dihulurkan bajunya yang penuh bertampal kepada si pengemis yang malang itu. Namun, tiba-tiba Fatimah teringat akan nasihat ayahnya bahawa berilah sedekah dengan barang yang sebaik-baiknya.Segera Fatimah memberikan baju pengantin.Setelah mengucapkan terima kasih.Pengemis beredar.Tiba-tiba datang malaikat membawa baju sutera berwarna hijau dari syurga khas untuk Fatimah.Cantiknya baju itu sehingga wanita-wanita kafir Quraisy yang hadir memeluk islam termasuk suami mereka.Sesungguhnya ujian Allah itu hanyalah untuk hamba-hambanya yang terpilih dan setiap ujian itu akan berakhir dengan kesenangan.Wallahualam.